Thursday 28 July 2011

MAJLIS HI-TEA & RAMAH MESRA

Tarikh: 28.7.2011
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Suria SKKS

Majlis ini adalah anjuran PIBG SK Kuala Slim. Diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara AJK PIBG, ibu/bapa/penjaga dengan guru. Diharapkan dengan ramah mesra ini dapat menjalin kerjasama padu semua pihak untuk memastikan anak-anak didik SKKS berjaya mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah. Isu yang turut dibincangkan ialah masalah ponteng terutamanya di kalangan murid asli dan tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi guru. Aturcara majlis ialah ucapan, motivasi 1 dan 2 dan jamuan ringan minum petang.

Peristiwa.

Wednesday 27 July 2011

JAMUAN PERPISAHAN PN. MON RASIDAH (PK PENTADBIRAN)

Tarikh : 27/7/2011
 Hari : Rabu 
Masa : 12.30 tgh. 
Tempat : Kantin SKKS 
 Pn. Mon Rasidah Binti Sulaiman telah berkhidmat di SK Kuala Slim hampir 10 tahun. Mulai 16/7/2011 lalu beliau telah ditukarkan ke SK Aminuddin Baki, Slim River untuk mengisi kekosongan PK Pentadbiran di sana. Kini kekosongan jawatan beliau di SKKS telah diisi oleh Pn. Hjh. Noor Ana Binti Mawi yang sebelum ini menjawat jawatan PK HEM SKKS dan tempat beliau pula diisi oleh Pn. Sapiah Binti Othman yang sebelum ini adalah PK Kokurikulum di SKKS. Maka kini jawatan PK Kokurikulum SKKS masih kosong. Selamat maju jaya diucapkan kepada Pn. Mon Rasidah dan kenang kami di sini selalu.

Saturday 9 July 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011

TARIKH : 12 - 14 JULAI 2011
DARI SEMUA WARGA SEKOLAH SK KUALA SLIM.

Wednesday 6 July 2011

Temasya Sukan, Balapan & Padang SKKS 2011

Tarikh : 18 Jun 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Kuala Slim
Perasmi : Dato' Seri Ong Ka Chuan
Tetamu Kehormat
 Semua kontingen yg terlibat dlm perbarisan
 Bacaan ikrar
 Biru
 Hijau
Merah